Rapid KL telah mengumumkan bahawa perkhidmatan rangkaian rel serta bas tertentu mereka akan dilanjutkan sehingga 1.30 pagi pada malam ambang tahun baru 31 Disember 2023, Ahad ini. Ia adalah bagi memudahkan perjalanan warga kota yang menyambutnya di sekitar pusat bandar.
Tidak semua, lanjutan operasi ini melibatkan 12 stesen rel transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan Monorel KL; 3 Stesen Bus Rapid Transit (BRT) dan 21 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.
Berikut adalah stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT yang beroperasi sehingga jam 1.30 pagi malam itu:
Stesen-stesen yang tidak termasuk dalam senarai ini akan beroperasi mengikut waktu biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan. Semua stesen pertukaran rel turut dilanjutkan operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL turut memberitahu mereka akan menambah bilangan anggota dan kakitangan operasi pada hari itu, sementara pengguna pula disaran menggunakan kad Touch n Go bagi membantu melancarkan perjalanan. Mereka yang menggunakan token pula digalakkan untuk membeli token pergi dan balik.
The post Perkhidmatan rel, bas Rapid KL tertentu akan dilanjut sehingga 1.30 pagi pada malam tahun baru appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments