Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

Dilancarkan untuk pasaran Thailand tahun lalu, Mitsubishi Xpander HEV hibrid dan Xpander Cross HEV kini muncul pula dalam varian edisi terhad Play yang terbaru, menampilkan beberapa kemaskini visual berbanding varian biasa. Menariknya, kemaskini berkenaan boleh menjadi bayangan kepada aksesori tulen Mitsubishi untuk pelanggan di Malaysia juga.

Xpander HEV Play menerima bodykit yang nampak agresif, terdiri daripada spoiler depan yang lebih dalam, skirting sisi dan bampar belakang dengan lanjutan beserta diffuser hitam — ketiga-tiganya sudah pernah dipertonton di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) Disember tahun lalu.

Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

Cross HEV Plays pula menerima gril warna badan, mirip dengan penampilan Triton generasi ketika yang terbaru. Kemaskini Play turut melibatkan penyudah hitam untuk bahagian seperti bumbung, rim 17-inci dan cermin sisinya, beserta perumah lampu belakang yang gelap. Kedua-dua kereta ini boleh dipilih dalam warna White Diamond atau Graphite Grey, dengan model Cross turut ditawarkan dalam warna Green Bronze baru.

Model HEV ini digerakkan oleh sebuah motor elektrik yang menghasilkan kuasa 116 PS dan 255 Nm tork, yang menerima kuasanya daripada bateri lithium-ion dan enjin versi kitara Atkinson unit 1.6 liter 4A92 MIVEC NA empat-silinder. Enjin ini menghasilkan 95 PS pada 5,100 rpm dan 134 Nm pada 4,500 rpm dan akan membantu pacuan dalam kelajuan lebih tinggi agar lebih cekap.

Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

Kedua-dua model ini dijual dengan harga 981,000 baht (RM128,300), sekitar 20,000 baht (RM2,600) lebih tinggi berbanding Xpander Cross HEV dan 48,000 baht (RM6,300) lebih tinggi berbanding Xpander HEV.

Xpander facelift telah dilancarkan di sini pada September tahun lalu, dengan harga RM99,980 untuk model standard dan RM109,980 bagi varian Plus. Ia kekal menggunakan enjin 1.5 liter 4A91 MIVEC NA yang menjana 105 PS/141 Nm dengan kotak gear automatik empat-kelajuan seperti sebelum ini. Mitsubishi Motors Malaysia juga memaklumkan syarikat itu ada mempertimbangkan versi CVT yang lebih baru, serta versi Cross yang lebih ranggi dan juga model HEV untuk pasaran tempatan kelak.

Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga? Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga? Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga? Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga? Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga?

The post Mitsubishi Xpander HEV Play di Thailand — tampilkan bodykit baru yang bakal tiba di Malaysia juga? appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments