VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k

VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k

Selepas ditunjukkan di Bangkok International Motor Show (BIMS), Vinfast kini melancarkan VF 3 untuk pasaran Indonesia. SUV elektrik kompak ini hanya ditawarkan dalam satu versi, pada harga 227.65 juta rupiah (RM62,171).

Untuk dimensi, VF 3 mencatat panjang 3,190 mm, lebar 1,679 mm, tinggi 1,652 mm jarak roda 2,075 mm, sementara jarak kelegaan dari tanah pula adalah 175 mm. Untuk memberi idea, ia adalah lebih pendek dan rendah berbanding Suzuki Jimny tiga pintu, yang mencatat ukuran panjang 3,480 mm, lebar 1,645 mm tinggi 1,720 mm tall dan jarak roda 2,250 mm.

Menggerakkan EV ini adalah motor permanent magnet synchronous yang boleh menghantar sehingga 40 hp dan 110 Nm kepada roda belakang. Dengannya, VF 3 boleh memecut 0-50 km/j dalam masa 5.3 saat dan melakukan pecutan 0-100 km/j (laju maksimum) 19 saat.

VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k

Tenaga yang dihasilkan disimpan dalam bateri 18.6 kWh, yang boleh memberikan jarak gerak sehingga 215 km mengikut standard NEDC dan menurut Vinfast, ia boleh dicas menggunakan pengecas pantas DC melalui sambungan CCS2 (10-70%) dalam masa 36 minit. Di dalam kereta juga tersedia pengecas 3 kW.

Berkenaan casis, VF 3 menggunakan tetapan suspensi MacPherson di hadapan dan gandar tegar dengan batang Panhard di belakang. Melaksanakan tugas henti adalah brek cakera di hadapan dan dram di belakang (brek parkir elektronik). Rim bersaiz 16 inci.

Di dalam, VF 3 menyediakan ruang untuk empat orang, dengan tempat duduk baris kedua boleh dilipat untuk menjadikan ruang barangan lebih luas, sehingga 285 liter (36 liter apabila tegak). Berat maksimum yang boleh dibawa adalah 300 kg dan bumbungnya boleh menahan berat sehingga 50 kg.

VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k

Kedua-dua tempat duduk pemandu dan penumpang hanya boleh dilaras secara manual, sementara sistem infotainmen dipapar melalui skrin sesentuh 10 inci di bahagian tengah papan pemuka, yang menyediakan sambungan melalui USB-C, bluetooth, WiFi dan eSIM. Pembesar suara cuma ada dua.

Apabila disambungkan kepada aplikasi dalam telefon pintar, pengguna boleh melihat sistem pengurusan pengecasan kenderaan ini, bersama profail khas serta statistik pemanduan. Pendingin hawa dikawal melalui tombol bulat di konsol tengah.

Untuk aspek keselamatan, ia datang dengan ABS, EBD, kawalan cengkaman, Hill Start Assist dan hanya satu beg udara, iaitu untuk pemandu. Fungsi lain yang disediakan adalah seperti sistem amaran kecemasan, pengunci pintu automatik, amaran tali pinggang, immobiliser, penggera kecurian dan bunyi amaran untuk pejalan kaki.

VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k

The post VinFast VF 3 dilancar di Indonesia – EV dengan kuasa 40 hp/110 Nm, jarak gerak NEDC 215 km, RM42k appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments