Sistem MySikap dan portal JPJ diselenggara pada 6-8 Dis 2024, beberapa perkhidmatan bakal terjejas

Sistem MySikap dan portal JPJ diselenggara pada 6-8 Dis 2024, beberapa perkhidmatan bakal terjejas

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan pihaknya akan melakukan penyelenggaraan portal rasminya dan juga sistem MySikap dari jam 6 petang esok (6 Disember) sehingga jam 6 pagi, 8 Disember 2024.

Di mana terdapat beberapa perkhidmatan yang akan terjejas iaitu portal awam dan portal rakan niaga, integrasi bersama agensi dan rakan niaga, kaunter JPJ di UTC, JPJ Mobile, aplikasi MyJPJ, JPJeBid, Vehicle Entry Permit (VEP) menerusi pembayaran eWallet dan juga Kios JPJ.

Harap bersabar dengan gangguan capaian perkhidmatan ini dan sila lakukan urusan yang berkaitan dengan JPJ pada sebelum atau selepas kerja-kerja penyelenggaran sistem tersebut.

The post Sistem MySikap dan portal JPJ diselenggara pada 6-8 Dis 2024, beberapa perkhidmatan bakal terjejas appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments