MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) kini telah memulakan projek sistem penukaran bateri motosikal elektrik bermula esok, 10 Disember 2024, dan akan berlangsung sehingga 9 Februari 2025.

Projek berkenaan bertujuan untuk menilai kebolehlaksanaan, manfaat serta cabaran bagi pelaksanaan teknologi penukaran bateri untuk mempercepat pertumbuhan serta penerimaa motosikal elektrik di Malaysia. Tempoh percubaan bagi demonstrasi penukaran bateri motosikal elektrik ini akan meliputi Lembah Klang sepanjang tempoh yang dinyatakan itu, serta akan melibatkan pengguna motosikal dengan jarak perjalanan pertengahan dan jauh.

40 buah motosikal elektrik akan terlibat untuk tujuan ini, terdiri daripada dua model — Blueshark R1 Lite, dan RydeEV Hyper: masing-masing 20 buah, dengan jarak perjalanan 100 km dan 110 km dan laju maksimum antara 80 km/j dan 90 km/j.

MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

Percubaan ini akan disokong oleh rangkaian penukaran bateri Blueshark dan Oyika, dengan keseluruhannya ada 29 stesen penukaran bateri EV yang terletak di stesen minyak, kedai runcit dan pusat beli-belah di Lembah Klang.

Pihak yang ikut serta dalam demonstrasi ini antara terdiri daripada Majlis Bandar Petaling Jaya (MBPJ, lima unit) , Zalora Malaysia (12 unit), SPX Express (10 unit), Foodpanda (10 unit) dan Ions Technology (tiga unit).

Pengumpulan data menjadi teras utama sepanjang tempoh percubaan ini, bertujuan untuk mendapatkan maklumat seperti jarak yang diliputi setiap motosikal bagi setiap penukaran, kelajuan yang dicapai, serta data prestasi bateri termasuk tempoh pengecasan dan kesihatan bateri.

MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

Projek ini juga akan menilai prestasi dan kebolehlaksanaan prasarana penukaran bateri motosikal, dari aspek seperti kemudahan penggunaan, jarak antara stesen penukaran bateri dan jumlah penukaran yang dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.

Data yang dikumpul dari motosikal elektrik yang digunakan dalam percubaan ini adalah melalui peranti dan perisian yang disediakan oleh Blueshark dan RydeEV bagi motosikal mereka masing-masing, yang akan dimuat turun daripada setiap unit pada penghujung setiap bulan dalam tempoh tersebut. Selain pengumpulan data, percubaan ini juga akan menghimpunkan maklum balas daripada pengguna di pengujung program nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor, motosikal elektrik walaupun dengan perkhidmatan penukaran bateri, kerap berdepan dengan penerimaan pengguna akibat terhadnya stesen yang ada, sekaligus menyukarkan akses dan jarak perjalanan, serta kos prasarana yang tinggi untuk pengendali.

MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan

The post MGTC mulakan projek tukar bateri motosikal EV di Malaysia — 40 unit terlibat, dua bulan percubaan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments