Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dengan kerjasama Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, telah menghasilkan Edisi Songket bagi model EV Ioniq 5 dan Ioniq 6, bagi meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 tahun.

Bagi mereka yang tidak tahu, songket ialah kain tradisional yang ditenun dengan tangan dengan jumlah daun emas asli dan benang emas atau perak, dan secara sejarah dikaitkan dengan orang yang mempunyai kedudukan sosial yang tinggi seperti golongan diraja dan bangsawan.

Model EV ini menampilkan motif songket yang halus pada bahagian bonet, penutup but, sisi dan bumbungnya, mencerminkan ketukangan tradisional yang telah diiktiraf UNESCO untuk warisan budayanya. HSDM berkata, motif yang dinamakan Tampuk Manggis itu diilhamkan daripada buah manggis dan menjadi pilihan utama dalam corak tenunan songket selain digunakan secara tradisional dalam seni tekstil songket.

Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

“Motif ini dicipta melalui susunan grid yang dikenali sebagai piksel, menghasilkan bentuk empat segi yang mewakili evolusi reka bentuk yang menghubungkan generasi ke arah masa depan. Pada penghujung kelopak motif, garisan grid mewakili enam petak grid, melambangkan keindahan, keunikan, kestabilan, keteguhan, kecanggihan dan kekuatan,” kata pengarah urusan HSDM Joey Lin menerusi catatan di LinkedIn.

Ioniq 6 Edisi Songket pertama kali didedahkan di laman Facebook HSDM pada Hari Malaysia, manakala Ioniq 5 Edisi Songket pula dipilih sebagai kereta rasmi untuk Pameran & Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC) 2024, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Ioniq 5 dan Ioniq 6 pernah dinobatkan sebagai EV Terbaik Dunia, Reka Bentuk Kereta Terbaik Dunia dan pemenang keseluruhan Kereta Terbaik Dunia untuk 2022 dan 2023, manakala Ioniq 5 N, yang dipratonton di Malaysia baru-baru ini dinobatkan sebagai Kereta Prestasi Tahunan Terbaik Dunia untuk 2024.

Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan

The post Hyundai Ioniq 5, Ioniq 6 Edisi Songket didedahkan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments