SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km

SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km

Maxus, satu jenama di bawah pengeluar kenderaan China, SAIC, memperkenalkan sebuah trak pikap elektrik baru untuk pasaran Eropah, dipanggil eTerron 9. Dikatakan sebagai “trak pikap elektrik 4×4 pertama di Eropah yang dibina atas platform elektrik khas, eTerron 9 ini akan mula dijual suku keempat tahun ini di benua itu, dengan harganya akan diumum kemudian.

Di China, trak ini dipanggil sebagai Interstellar X, dan ia mencatat ukuran panjang 5,500 mm, lebar 2,005 mm, tinggi 1,860 mm dan jarak roda 3,300 mm. Sebagai perbandingan, ini menjadikan ia 140 mm lebih panjang berbanding Ford Ranger dan 175 mm lebih panjang berbanding Toyota Hilux.

Daripada aspek rekaan, SAIC memberitahu, trak ini menerapkan konsep penampilan baru kenderaan elektrik mereka, dengan DRL berbentuk C yang disambungkan dengan jalur lampu, serta tulisan Maxus besar di tengah. Kemudiannya terdapat kemasan plastik di keliling lengkuk roda serta penutup bahagian barangan belakang bukaan kuasa.

SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km

Selain daripada itu, pembahagi antara tempat duduk belakang dengan ruang barangan juga boleh dibuka, membenarkan pengguna memasukkan barang panjang sehingga 2,400 mm. Di hadapan pula, ruang barangan (frunk) yang disediakan berkapasiti 236 liter.

Masuk ke dalam, anda boleh melihat kemasan kulit dua tona bersama dua skrin TFT lebar untuk panel instrumen dan sistem infotainmen. Ia kemudiannya disertai konsol tengah seakan terapung, roda stereng dua cabang serta kemasan metalik di beberapa tempat.

Tempat duduk pemandu boleh dilaras secara elektrik dan datang dengan liang udara serta fungsi mengurut, sementara tempat duduk di sebelahnya boleh dilipat hampir rata untuk memberi ruang baring sehingga 1,700 mm. Tempat meletak barang juga ada banyak, sehingga 20 di sekeliling kereta.

SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km

Menggerakkan trak ini adalah pek bateri ‘Tetris’ 102 kWh yang mampu memberikan jarak sehingga 430 km mengikut standard WLTP. Bateri ini boleh dicas menggunakan sumber DC sehingga 115 kW, dan menaikkan tahap bateri 20-80% dalam masa 40 minit. Turut disediakan adalah soket kuasa yang boleh mengeluarkan 2.2 atau 6.6 kW.

Tenaga daripada bateri itu disampaikan kepada sepasang motor elektrik – yang terletak di setiap gandar – memberikan kuasa keseluruhan 442 PS (436 hp atau 325 kW), membolehkan ia melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat. Menurut SAIC, trak ini boleh menunda sehingga 3.5 tan dan membawa berat sehingga 620 kg.

Pemandu juga disediakan dengan ATS (All-Terrain System) serta enam mod pemanduan, termasuk pilihan yang boleh diubah. Turut diberitahu, trak ini menggunakan rekaan badan semi-monocoque dengan ciri keselamatan dan ketahanan yang dipertingkat, dan datang dengan suspensi udara boleh laras.

SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km

The post SAIC Maxus eTerron 9 tiba di Eropah – trak pikap elektrik dengan kuasa 442 PS, jarak gerak 430 km appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments