Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5?

Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5?

Geely telah menyiarkan gambar-gambar rasmi awalan untuk model EV kompak baharunya di bawah jenama Geometry (atau dikenali juga sebagai Geome) iaitu Geometry Xingyuan. Ia merupakan sebuah hatchback yang bakal bersaing terus dengan BYD Dolphin di pasaran China.

Xingyuan menampilkan dimensi panjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak roda 2,650 mm. Jadi berbanding Dolphin, hatchback EV Geometry ini adalah 155 mm lebih pendek dan jarak roda 50 mm lebih dekat, tetapi 35 mm lebih lebar, manakala tinggi kedua-duanya adalah sama.

Ia juga nampak lebih comel dengan badan yang direka lebih banyak elemen bulat, lampu hadapan berbentuk-titisan air, pembuka pintu tenggelam, lampu belakang berbentuk oval dan juga warna badan dua-tona menampilkan bumbung berwarna hitam.

Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5?

Manakala pada bahagian dalaman, hatchback EV ini diberikan tema warna yang cerah, papan pemuka dan juga panel pintu menampilkan nyalaan dengan grafik seakan pemandangan bandar, bersama paparan instrumen digital, skrin infotainmen bersaiz agak besar dan juga roda stereng dua jejari.

Perincian-perincian yang boleh dilihat menerusi gambar adalah termasuk pad pengecas telefon pintar yang terletak di bawah liang penghembus udara tengah. Manakala pada bahagian konsol terowong terdapat tombol gear bersaiz kecil, dua pemegang cawan, ruang storan kecil dan juga ruang storan lebih besar dan tersembunyi tarletak di bawahnya.

Menerusi maklumat yang disiarkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Informasi (MIIT) China bulan lalu, Geometry Xingyuan ini ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 30.12 kWj untuk jarak gerak 310 km (CLTC) dan 40.16 kWj untuk jarak gerak 410 km (CLTC).

Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5?

Bergantung pada varian, ia akan digerakkan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 79 PS (58 kW) atau 116 PS (85 kW), kedua-duanya hanya memacu roda hadapan dengan kelajuan maksima 135 km/j. Ketika dilancarkan di China kelak, Geome Xingyuan ini akan dijual pada harga sekitar 80,000 yuan (kira-kira RM49k).

Jika anda perhatikan bentuk sisi Geometry Xingyuan ini dilihat seakan sama dengan siluet model hatchback yang muncul dalam teaser jenama EV Proton iaitu eMas (dieja e.MAS) baru-baru ini. Jadi ada kemungkinan besar ini merupakan satu lagi model EV Proton eMas yang akan dilancarkan selepas eMas 7 pada penghujung tahun ini. Adakah Xingyuan akan dijelmakan sebagai Proton eMas 5 yang akan dijual pada harga di bawah RM100k?

Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5? Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5? Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5? Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5? Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5?

The post Geometry Xingyuan didedah di China – saingan BYD Dolphin, jarak gerak 410 km; ini Proton eMas 5? appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments