Pengendali Lebuhraya Guthrie (GCE), Prolintas, memaklumkan bahawa Hentian Sebelah Lagong arah utara di lebuhraya berkenaan ditutup sementara selama empat bulan bermula 29 April 2024 (Isnin ini) untuk kerja-kerja baikpulih.
“Susulan itu, semua kemudahan seperti tandas dan surau akan ditutup sementara dalam tempoh berkenaan. Kerja-kerja membaikpulih ini adalah komitmen berterusan Prolintas dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya.
“Sebagai alternatif, pengguna Lebuhraya GCE disarankan untuk menggunakan kemudahan di hentian yang berdekatan seperti R&R Rawang Arah Utara (PLUS) atau R&R Kundang Arah Barat (LATAR),” kata Prolintas dalam kenyataan yang dikeluarkan.
The post Hentian Sebelah Lagong arah utara di Lebuhraya GCE ditutup 4 bulan mulai 29 April untuk kerja baikpulih appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments