MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

Siri perlumbaan Malaysia Speed Festival (MSF Racing) untuk musim 2024 bakal memulakan pusingan pertamanya pada hujung minggu ini. Ia akan bermula pada 3 Mac 2024, dan seperti biasa siri perlumbaan litar paling besar di Malaysia tersebut akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Untuk musim ini, MSF Racing akan menampilkan dua siri perlumbaan utama iaitu MSF SuperTurismo iaitu siri perlumbaan Touring Car, dan juga MSF SuperBikes iaitu siri perlumbaan untuk motosikal Superbike. Kedua-dua siri ini akan berlangsung pada hari yang sama bagi menyajikan aksi perlumbaan mendebarkan selama satu hari penuh untuk peminat dan penonton yang hadir.

MSF Racing 2024 ini akan menampilkan enam pusingan secara keseluruhan, di mana setiap pusingan akan memberikan cabaran berbeza kepada pelumba dan pasukan, kerana ia akan dilangsungkan di litar dan format perlumbaan berbeza.

Bagi MSF SuperTurismo, ia akan menjadi perlumbaan touring car dengan grid paling besar di Malaysia, dan ia bukan hanya disertai oleh pelumba-pelumba tempatan, malah gelaran juara keseluruhan turut akan direbut oleh pelumba-pelumba serantau seperti dari Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan lain-lain.

MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

Juga dalam musim 2024 ini, dua kategori baharu telah diperkenalkan bagi memberikan lebih aksi perlumbaan yang mengujakan. Dua kategori tersebut adalah Vision-HKS GT86 x BRZ Racing Cup dan Rennplatz Standard Production MAX, di mana kedua-duanya disokong oleh rakan penaja baharu yang yakin dengan jenama MSF itu sendiri.

Kategori-kategori baharu ini diwujudkan bagi memodenkan perlumbaan MSF SuperTurismo dan untuk memadankan perlumbaan kontemporari dengan minat penala untuk mengubahsuai kereta, di mana platform Toyota 86/Subaru BR-Z yang kini kian popular sebagai jentera peminat prestasi tinggi.

Perlumbaan MSF SuperTurismo 2024 ini juga turut terus menerima sokongan dari pengeluar tayar prestasi tinggi, Hankook Tyres di mana ke semua kereta yang berlumba menggunakan tayar dari jenama terkemuka dunia tersebut. Hankook telah menjadi pembekal kepada siri perlumbaan MSF sejak 2017.

Satu lagi penaja MSF SuperTurismo iaitu EXN Lubricants juga masih setia menjadi penaja bagi perlumbaan ini, dan ini merupakan tahun keenam kerjasama tersebut berlangsung.

MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

Beralih kepada perlumbaan dua roda MSF SuperBikes, ia juga menampilkan kategori baharu untuk musim ini yang digelar sebagai MSF SuperSport. Kategori berkenaan diwujudkan bagi memadankan minat dan permintaan untuk motosikal dengan kapasiti enjin bersaiz sederhana.

Kategori ini membenarkan motosikal dengan enjin empat silinder dengan kapasiti 400 cc hingga 600 cc, enjin tiga silinder sehingga 800 cc, dan enjin dua silinder sehingga 955 cc. Pelumba peringkat antarabangsa tidak dibenarkan untuk berlumba dalam kategori ini, bagi membolehkan lebih ramai jaguh tempatan baharu dilahirkan dalam kategori MSF SuperBikes tersebut.

Lingkungan masa lap diformulasikan untuk MSF SuperBikes ini juga membolehkan pelumba-pelumba dari pelbagai tahap kemahiran untuk berlumba. Ia telah diperhalusi bagi musim 2024, di mana ia membenarkan pelumba untuk meningkatkan lingkungan masa lap masing-masing sepanjang tahun, selari dengan kemahiran dan prestasi pelumba yang semakin baik selepas mereka mendapat lebih pengalaman dalam perlumbaan berterusan.

MSF SuperBikes 2024 akan terus kekal menggunakan tayar kawalan eksklusif dari Pirelli, menerusi tayar semi-slick Diablo Super Corsa V4 SC1 dan tayar slick perlumbaan penuh Diablo Superbike SC1 dalam saiz dan kompaun yang sama seperti yang digunakan dalam Kejohanan Dunia SuperBike FIM.

MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

Untuk format perlumbaan, pusingan pertama MSF SuperTurismo 2024 ini akan bermula dengan perlumbaan Sprint selama 45-minit menggunakan sepenuhnya litar Sepang. Manakala pusingan kedua akan dilangsungkan di separa litar Sepang sebelah Selatan, diikuti pusingan ketiga akan berlangsung di separa litar Sepang sebelah Utara – kedua-duanya adalah perlumbaan Super-Sprint 20 lap.

Bagi MSF SuperBikes 2024 pula, pusingan pertama ini akan bermula dengan dua perlumbaan sprint 5-lap menggunakan sepenuhnya litar Sepang, diikuit perlumbaan pusingan kedua dilangsungkan di litar Utara Sepang pada Jun nanti, menampilkan perlumbaan Sprint 20-lap.

Untuk menonton perlumbaan ini secara langsung di Litar Sepang, akses untuk ke Grandstand adalah percuma sepanjang hujung minggu. Namun jika anda mahu melihat lebih banyak aksi, akses ke paddock turut dibenarkan dengan tiket bernilai RM35 yang akan dijual di pintu masuk paddock.

MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa!

The post MSF Racing 2024 Pusingan 1 bermula hujung minggu ini di Sepang – tampil saingan pelumba antarabangsa! appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments