GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia

GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia

Great Wall Motor Malaysia (GWM Malaysia) telah mengumumkan bahawa Ora 07 (juga dikenali sebagai Lightning Cat) kini sudah dibuka untuk tempahan melalui pengedar rasminya di seluruh negara.

Dilancarkan di Thailand bulan lalu, Ora 07 diberitahu akan tiba di Malaysia dalam dua varian iaitu Long Range dengan motor elektrik 204 PS/340 Nm, dan Performance, yang menggunakan dua motor dan pacuan AWD, berkuasa 408 PS dan 680 Nm.

Pengumuman daripada GWM Malaysia juga menunjukkan jarak bateri yang boleh mencecah 640 km untuk Long Range, sama seperti jarak NEDC yang ditulis untuk model di Thailand. Di negara jiran itu juga, kedua-dua varian Ora 07 datang dengan bateri ternary lithium 83.5 kWh.

GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia

Menurut GWM Malaysia lagi, Ora 07 akan tiba dengan kelengkapan seperti lampu utama LED pintar, tingkap tanpa bingkai, bumbung panoramik serta spoiler belakang adaptif. Di bahagian dalam pula, walaupun tidak dinyatakan secara rasmi, mungkin mengikut spesifikasi Thailand, dengan barangan seperti panel instrumen digital 10.25 inci, pad pengecas tanpa wayar, skrin sesentuh 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay serta 11 pembesar suara, untuk versi Long Range.

Ora 07 juga datang dengan sistem bantuan pemandu seperti Lane Departure System, Lane Keeping Assist, Blind Spot Detection, Intelligent Evasion, Traffic Sign Recognition dan pelbagai lagi – terang GWM Malaysia.

Harga untuk Ora 07 pasaran Malaysia masih belum didedahkan, tetapi di Thailand, ia dijual pada harga antara RM175k ke RM202k. Menurut GWM Malaysia, warna yang akan ditawarkan adalah Crystal Purple, Amethyst Gray dan Jade White, manakala sesiapa yang membuat tempahan bermula hari ini akan menerima pakej penyelenggaraan lima tahun termasuk kos alat ganti dan upah (bagi tempoh terhad).

GALERI: GWM Ora 07
GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia

The post GWM Ora 07 dibuka untuk tempahan di Malaysia appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments