Laluan Simpang Pulai-Gopeng di Lebuhraya PLUS ditutup secara berperingkat hingga 7 Feb 2024

Laluan Simpang Pulai-Gopeng di Lebuhraya PLUS ditutup secara berperingkat hingga 7 Feb 2024 Laluan Simpang Pulai-Gopeng di Lebuhraya PLUS ditutup secara berperingkat hingga 7 Feb 2024

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengumumkan penutupan lorong secara berperingkat dilaksanakan di laluan Simpang Pulai – Gopeng di Lebuhraya Utara-Selatan mulai hari ini (22 Januari) hingga 7 Februari 2024.

Menurut PLUS, penutupan lorong berkenaan iaitu di antara KM291.4 hingga KM296.4 (arah selatan) adalah bagi kelancaran kerja-kerja penambahbaikan turapan jalan dilaksanakan di lokasi terbabit secara berperingkat pada setiap hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tempoh berkenaan.

“Sepanjang tempoh tersebut, penggunaan bagi setiap lorong secara berkala akan diaktifkan sebaik sahaja kerja-kerja turapan jalan tersebut selesai. Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini.

“Mereka juga dinasihatkan mematuhi semua papan tanda trafik dan arahan dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” kata PLUS menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

The post Laluan Simpang Pulai-Gopeng di Lebuhraya PLUS ditutup secara berperingkat hingga 7 Feb 2024 appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments