JPJ eBid: SU-L dan NEB sedia untuk dibida

JPJ eBid: SU-L dan NEB sedia untuk dibida JPJ eBid: SU-L dan NEB sedia untuk dibida

Tahun baharu, kenderaan baharu. Bagi yang bakal menerima kenderaan baharu yang ditempah, bolehlah mencari siri nombor pendaftaran menerusi platform dalam talian, JPJ eBid. Ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Siri nombor pendaftaran terkini dari Sabah, SU-L dibuka bidaan sejak semalam, 21 Januari 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 25 Januari. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 26 Januari 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini Negeri Sembilan, NEB, dibuka bidaan mulai hari ini, 22 Januari 2024. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 26 Januari, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 27 Januari 2024.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor pendaftaram yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

The post JPJ eBid: SU-L dan NEB sedia untuk dibida appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments