JPJ eBid: ANH dan PRD akan dibuka untuk bidaan

JPJ eBid: ANH dan PRD akan dibuka untuk bidaan JPJ eBid: ANH dan PRD akan dibuka untuk bidaan

Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri nombor pendaftaran terkini Perak, ANH, bakal dibuka bidaan mulai esok, 7 Disember 2023 dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam pada 11 Disember. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 12 Disember 2023. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Pulau Pinang pula, PRD, bidaannya akan dibuka pada 10 Disember. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 14 Disember. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 15 Disember 2023 ini.

Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.

The post JPJ eBid: ANH dan PRD akan dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments