Berita baik untuk penduduk sekitar Kuang, Kundang, Bukit Rahman Putra (BRP) dan kawasan perumahan baharu Gamuda Gardens.
Rapid KL telah mengumumkan laluan baharu bas perantara MRT akan dimulakan bagi kawasan utara Sg Buloh untuk ke Stesen Sg Buloh bagi MRT Laluan Putrajaya. Perkhidmatan ujian selama tiga bulan ini akan bermula pada 15 Disember 2023. Tambangnya hanya RM1 dan kekerapannya adalah 35 minit untuk waktu puncak dan 45 minit di luar waktu puncak. Waktu operasinya dari 6 pagi hingga 11.30 malam.
Bas T154 akan berhenti di beberapa lokasi sepanjang laluan dari stesen MRT ke Pasar Kg Baru Kuang, termasuk Bukit Rahman Putra, Kampung Gombak, Gamuda Luge, Kundang Jaya, Kundang Lakes Club, Tasik Biru, Taman Masgenuine dan Yamaha.
Dengan kemudahan ini, pastinya memudahkan lagi pengguna untuk ke stesen MRT tanpa perlu memandu dan parkir. Selain Laluan Putrajaya, anda juga boleh menggunakan Laluan Kajang dari stesen MRT Kwasa Damansara.
The post Bas perantara MRT untuk Kuang, Kundang, BRP, Gamuda Gardens ke stesen Sg Buloh mulai 15 Dis appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments