ANIH keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Krismas

ANIH keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Krismas

ANIH Berhad selaku pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi tempoh 22-23 Disember 2023 dan 25 Disember 2023 untuk kedua-dua lebuhraya berkenaan sempena perayaan Krismas. Seperti musim perayaan yang lain, kebiasaannya lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia bakal mengalami kesesakan luar biasa.

Bagi mengurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di lebuhraya berkenaan, para pengguna diminta untuk merancang perjalanan ke/dari Pantai Timur sewajarnya. Justeru, ANIH menyarankan agar pengguna lebuhrayanya merujuk TTA (seperti yang dipaparkan pada imej di atas) yang dikeluarkan ini bagi kelancaran perjalanan ke destinasi yang dituju.

Dalam masa yang sama, para pengguna dinasihati untuk memastikan baki kad dan e-Wallet Touch ‘n Go adalah mencukupi bagi pembayaran kadar tol. Dan jangan lupa untuk periksa keadaan kenderaan anda terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Pastikan ia selamat dipandu. Selain terus memandu dengan berhemah, patuhi saranan papan tanda trafik, had kelajuan yang ditetapkan dan ikuti arahan petugas lebuhraya demi keselamatan semua.

The post ANIH keluarkan jadual cadangan waktu perjalanan untuk Lebuhraya KLK, LPT1 sempena Krismas appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments