Motocross 250 cc Triumph buat penampilan pertama di California – pengenalan rasmi 28 November ini

Motocross 250 cc Triumph buat penampilan pertama di California – pengenalan rasmi 28 November ini

Selepas beberapa siri teaser, Triumph akhirnya menunjukkan kali pertama motocross baru yang mereka bangunkan sendiri sejak empat tahun lalu, sewaktu acara SuperMotocross World Championship Final di Los Angeles Memorial Coliseum, California.

Untuk penampilan ringkas ini, dua motosikal yang ditunggang masing-masing oleh Ricky Carmichael dan Jeff Stanton ini adalah versi 250 cc dan orang ramai boleh menilai sedikit kemampuannya yang ditunjuk oleh dua bekas penunggang motocross professional tersebut.

Bagi yang terlepas, anda boleh melihat video yang disiarkan oleh Triumph di bawah, dan pada penghujungnya mereka memberitahu ia pengenalan rasmi akan dibuat pada 28 November ini. Pada waktu itu barulah kita akan dapat tahu lebih banyak perincian motocross Triumph ini.

The post Motocross 250 cc Triumph buat penampilan pertama di California – pengenalan rasmi 28 November ini appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments