Beberapa jalan ditutup untuk Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 1 Okt, 7 pagi-11 pagi – MBSJ

Beberapa jalan ditutup untuk Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 1 Okt, 7 pagi-11 pagi – MBSJ Beberapa jalan ditutup untuk Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 1 Okt, 7 pagi-11 pagi – MBSJ

Klik untuk besarkan

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telag mengumumkan Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya bakal dianjurkan pada Ahad ini, 1 Oktober 2023. Acara tersebut akan bermula pada jam 7 pagi sehingga 11 pagi. Edisi kali ini turut melibatkan perlumbaan basikal Selangor Criterium Series.

Seperti biasa, Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya akan berlangsung di hadapan Subang Parade dan Aeon Big di SS15. Jadi, ia melibatkan Jalan Kemajuan Subang, Persiaran Kemajuan SS16 dan Jalan SS16/2 yang akan ditutup dari jam 7 pagi hingga 11 pagi.

Jalan SS16/1 juga akan ditutup sebahagiannya iaitu di sekeliling Subang Parade, Aeon Big dan Mesiniaga. Walau bagaimana pun, ia masih boleh dilalui oleh kenderaan, bermakna laluan terbabit akan dikongsi antara penganjuran acara dan kenderaan orang awam.

MBSJ juga menyarankan tiga lokasi parkir iaitu di Subang Parade, Aeon Big dan di sepanjang Jalan SS15/1A. Namun jika anda memilih untuk parkir di kawasan perumahan yang berhampiran, pastikan kenderaan anda tidak menghalang laluan trafik di situ.

Untuk edisi penganjuran kali ini, antara aktiviti yang akan dijalankan termasuklah bola sepak jalanan, Pasar Karloot, memanah, abseiling/flying fox, pemeriksaan mata dan kesihatan percuma, kaunter pembayaran bergerak, refleksiologi, demostrasi masakan dari chef hotel terkenal dan banyak lagi.

The post Beberapa jalan ditutup untuk Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya pada 1 Okt, 7 pagi-11 pagi – MBSJ appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments