Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD

Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dirempuh oleh penunggang motosikal sewaktu sedang mengadakan sekatan jalan raya di KM 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala Port Dickson.

Menurut JPJ, insiden yang berlaku pada 11 pagi itu apabila penunggang Yamaha Y125ZR telag melanggar sekatan dan merempuh anggota berkenaan. “Hasil siasatan Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Sembilan mendapati penunggang motosikal berusia 25 tahun itu mempunyai dua kesalahan senarai hitam yang masih aktif.

“Antaranya ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh pada 18/07/2012 di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) di bawah Seksyen 26 (1) APJ 1987 dan sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987,” kata JPJ menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

JPJ turut berkata, akibat rempuhan tersebut, anggota terbabit hanya mengalami kecederaan di leher, kepala dan bengkak tangan serta kaki. Dia dirawat di Hospital Port Dickson dan dibenarkan pulang selepas rawatan.

Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD

Susulan itu, laporan polis telah dibuat dan penunggang berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Difahamkan, penunggang motosikal terbabit turut memiliki rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah.

“Sebagaimana sedia maklum, JPJ melancarkan Operasi Khas Motosikal Tahun 2023 bermula 1 hingga 30 September di seluruh negara dan objektifnya ke arah mengukuhkan pembudayaan pematuhan undang-undang serta memupuk rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan keselamatan jalan raya.

“Justeru, JPJ ingin menasihati orang ramai supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan Operasi Penguatkuasaan SJR,” tambah JPJ.

JPJ juga menyeru orang awam untuk melaporkan aduan kesalahan lalu lintas secara terus menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau emel aduantrafik@jpj.gov.my berserta butiran lengkap aduan.

Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD

The post Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Seremban-PD appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments