Polis Selangor tawar 50% diskaun saman trafik terpilih pada 26 Ogos di tapak karnival Stadium Shah Alam

Polis Selangor tawar 50% diskaun saman trafik terpilih pada 26 Ogos di tapak karnival Stadium Shah Alam

Sempena dengan acara PDRM Selangor Merdeka Ride, Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor bakal menawarkan pengurangan saman trafik terpilih sebanyak 50% pada Sabtu ini, 26 Ogos 2023. Program berkenaan akan berlangsung di tapak karnival Stadium Shah Alam, dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Walau bagaimana pun, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar

Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.

Jadi, jika anda berada di Shah Alam atau daerah sekitarnya, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Jangan peram lama saman trafik yang diterima itu, jadilah rakyat yang lebih bertanggungjawab.

The post Polis Selangor tawar 50% diskaun saman trafik terpilih pada 26 Ogos di tapak karnival Stadium Shah Alam appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments