Harga bahan api minggu pertama April 2022 – RON 97 naik lagi 8 sen, dijual pada harga RM3.91 seliter!

Kementerian Kewangan (MoF) baru sahaja mengumumkan harga bahan api untuk minggu pertama bulan April 2022, yang akan berkuatkuasa bermula 31 Mac sehingga 6 April. Selepas harga RON 97 turun sedikit minggu sebelumnya, nampaknya harga bahan api premium berkenaan kembali mencatatkan kenaikan.

Bermula tengah malam ini, RON 97 akan dijual pada harga RM3.91 seliter, atau naik 8 sen berbanding RM3.83 seliter sebelum ini. Bagi petrol RON 95, ia masih ditambat dengan subsidi kerajaan pada harga siling kekal RM2.05 seliter.

Bahan api diesel juga kekal dijual dengan harga siling, di mana diesel Euro 5 B10 dan B20 dijual pada harga RM2.15 seliter, dan diesel Euro 5 B7 – kini 20 sen lebih mahal seliter selepas ia naik 10 sen pada awal tahun ini – dijual pada harga RM2.35 seliter.

Harga yang disebutkan ini akan berkuatkuasa bermula pukul 12 tengah malam nanti, sehingga hari Rabu minggu hadapan, 6 April 2022.

The post Harga bahan api minggu pertama April 2022 – RON 97 naik lagi 8 sen, dijual pada harga RM3.91 seliter! appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments