Harga minyak minggu keempat Januari tidak berubah

Harga bahan api bagi minggu keempat Januari 2022 (20-26 Januari) kekal sama seperti minggu lalu. Ini menjadikan harga petrol RON 97 tetap pada kadar RM3.07 seliter — selepas naik empat sen minggu lalu.

Harga runcit bagi petrol RON 95 pula masih dikekalkan pada kadar RM2.05 seliter. Harga tersebut tidak berubah sejak Februari 2021 dan telah pun menjadi harga siling.

Begitu juga dengan harga diesel Euro B10/B20 juga dikekalkan pada harga RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.35 seliter. Sejak awal Januari 2022, harga diesel gred Euro 5 B7 lebih 20 sen daripada Euro B10/B20.

Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, hingga Rabu depan iaitu pada 26 Januari 2022.

The post Harga minyak minggu keempat Januari tidak berubah appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments