JPJ laksana Ops Sedar di seluruh negara mulai hari ini – kesan kenderaan yang tiada perlindungan insurans

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan Ops Sedar akan dilaksanakan di seluruh negara bermula hari ini, 24 November 2021. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, operasi ini adalah bagi tindakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui sekatan jalan raya yang dibuat di beberapa lokasi terpilih. Ia berikutan masih ramai pengguna jalan raya yang gagal memiliki perlindungan insurans kenderaan.

Katanya, pengguna jalan raya yang tidak memiliki perlindungan insurans kenderaan akan menimbulkan kesulitan kepada pemilik kenderaan itu sendiri sekiranya berlaku kemalangan.

“Sepanjang Ops Sedar dilaksanakan di lapangan, JPJ akan menyediakan kemudahan Mobile JPJ bagi memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu secara terus. Sehingga kini, JPJ tidak ada menerima arahan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen itu yang berakhir jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini,” katanya.

The post JPJ laksana Ops Sedar di seluruh negara mulai hari ini – kesan kenderaan yang tiada perlindungan insurans appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments