JPJ jual baki nombor pendaftaran FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA di laman web MySikap bermula 8 Februari

JPJ jual baki nombor pendaftaran FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA di laman web MySikap bermula 8 Februari

Bukan semua nombor pendaftaran yang keluar dalam lelongan JPJ eBid habis dibeli – baki biasanya akan diberi secara rawak kepada pemilik kenderaan baru yang tidak kisah dengan nombor ini. Sama juga dengan nombor pendaftaran istimewa, dengan ada di antaranya masih tidak berpunya, dan sekarang JPJ menawarkannya sekali lagi kepada orang ramai.

Bermula esok, 8 Februari 2025, JPJ akan membuka jualan nombor pendaftaran siri FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA melalui laman web MySikap. Harganya tidak diberitahu, tapi melihat kepada jualan hampir sama yang dibuat sebelum ini, ia ditetapkan pada RM510 termasuk bayaran perkhidmatan.

JPJ jual baki nombor pendaftaran FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA di laman web MySikap bermula 8 Februari JPJ jual baki nombor pendaftaran FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA di laman web MySikap bermula 8 Februari

Untuk mendapatkan nombor pendaftaran ini, anda perlu log masuk ke dalam laman MySikap, tekan menu ‘kenderaan’ dan seterusnya ‘tempahan nombor pendaftaran’. Selepas itu pilih ‘nombor pendaftaran istimewa’, masukkan siri berserta nombor dan buat pembayaran.

Sekadar memberitahu, siri nombor pendaftaran F untuk Putrajaya ini sangat padan dengan Honda Civic yang menggunakan kod badan FD, FB, FC dan terbaru, FE. Berminat? Pastikan anda pantas esok kerana siapa cepat, dia yang dapat.

The post JPJ jual baki nombor pendaftaran FB, FC, FD, FE dan MALAYSIA di laman web MySikap bermula 8 Februari appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments