MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

Siri perlumbaan Malaysia Speed Festival (MSF) untuk musim 2025 bakal bermula hujung minggu ini dengan pusingan pertama diadakan dilokasi tetapnya iaitu Litar Antarabangsa Sepang Petronas pada 16 Februari ini. Perlumbaan tahun ini menyaksikan beberapa perubahan dibuat dalam undang-undang teknikal, pertambahan dan kemaskini kategori, dan juga perubahan penggunaan tayar rasmi dari Hankook kepada jenama yang berasal dari Indonesia dan kini berpengakalan di Singapura iaitu Giti.

Dua jenis tayar Giti dari siri prestasi GitiCompete yang akan digunakan bergantung kepada kategori, iaitu tayar prestasi ultra-tinggi GitiCompete GTR2 dan juga tayar semi-slick GitiCompete GTR2 Pro. Dengan hampir tiada data selepas berlumba dengan tayar Hankook selama sembilan tahun, kesemua pasukan perlu menghadapi satu lagi cabaran baru bagi musim ini untuk membuat talaan semula bagi menguasai karekter tayar Giti berkenaan.

Tayar-tayar Giti berkenaan dibangunkan oleh Giti Motorsport dengan kompaun istimewa untuk siri MSF Racing, dan pelumba-pelumba dijangka bakal mencatatkan masa lap yang lebih pantas.

“Kami di Giti Tyre teruja untuk menyokong MSF Racing sebagai rakan kongsi tayar rasmi, memperkenalkan rangkaian GitiCompete kami kepada komuniti sukan permotoran Malaysia yang penuh dengan keghiarahan,” kata Cik Shiroo Chia, Timbalan Pengurus Besar Pemasaran Giti Tyre untuk seluruh dunia.

MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

“Prestasi, keselamatan dan inovasi adalah teras Giti Motorsports, dan perkongsian ini mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan tayar yang memberikan konsistensi dan kawalan di trek. Kami menantikan musim yang menarik ini apabila pemandu menyahut cabaran untuk menguasai tayar GitiCompete di litar yang mencabar di MSF SuperTurismo,” tambahnya.

Musim 2025 ini juga menyaksikan buat pertama kali Myvi Cup akan dipertandingkan secara musim-penuh selepas satu perlumbaan pengenalan dilangsungkan pada pusingan ke-enam MSF Superturismo 2024 pada November lalu. Sebanyak 15 penyertaan telah didaftarkan untuk kategori ini, menampilkan Myvi dari ketiga-tiga generasi dengan ubahsuai terhad akan berlumba secara adil di dalam litar.

“Keluarga Perodua Myvi yang digemari kini akan terkenal sebagai jentera perlumbaan yang jitu. Malaysia perlu beralih daripada hanya membeli peralatan prestasi dan sukan permotoran kepada menjadi pembekal dan pengilang, dan ia dijangka akan mencetus dan menerajui komponen prestasi aftermarket dan pembangunan pengetahuan dalam industri automotif negara,” kata Adian Yein, pengarah dan prinsipal MSF Racing.

MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

Bagi perlumbaan dua-roda pula, siri perlumbaan MotoMSF Superbikes akan terus menggunkan tayar Pirelli dengan perjanjian dilanjutkan selama tiga-tahun. Semua pelumba akan menggunakan tayar Pirelli Diable SuperCorsa V4, iaitu tayar replika perlumbaan generasi terkini Pirelli.

Siri ini juga akan menampilkan pelumba-pelumba sensasi termasuk penunggang dari Jepun Naomichi Uramoto yang akan berlumba dengan Suzuki GSXR-1000R, bersama pelumba WSBK tempatan Adam Norrodin yang akan dibekalkan dengan jentera yang sama. Sementara bekas pelumba 125GP Zulfahmi Kamaruddin akan memberikan cabaran dengan Yamaha R1M, dan Juara Asia 2019, Azlan Syah turut akan memberikan cabaran dalam perlumbaan ini.

MotoMSF Superbikes juga menampilkan kategori baharu bagi musim ini iaitu MSF American V-Twin Cup. Siri ini akan memberikan peluang kepada peminat motosikal jenis ‘Bagger’ dan ‘Hooligan’ berasaskan motosikal Amerika dengan enjin V-Twin seperti Indian, Harley Davidson dan Victory untuk berlumba.

MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

Kategori ini diwujudkan memandang motosikal yang dihasilkan untuk perjalanan jauh berkenaan semakin digemari dalam dunia perlumbaan terutamanya di Amerika dan Thailand. “Diharapkan semangat yang sama dapat dipupuk di Malaysia dengan kewujudan kategori baharu ini,” kata Adian lagi.

Perlumbaan pada hari Ahad ini akan bermula dengan kategori dua-roda untuk sesi pagi hingga tengah hari, dan akan disambung dengan perlumbaan kereta selepas itu. Tiada sebarang bayaran dikenakan sekiranya anda datang menonton perlumbaan ini di Grandstand utama. Tetapi sekiranya anda mahukan pengalaman lebih ekslusif, tiket untuk menonton di Paddock dijual pada harga RM35, manakala parkir pula adalah RM10.

Dan jika anda tak sempat ke Sepang, anda boleh menonton siaran langsung perlumbaan ini menerusi laman media sosial Facebook MSF Series dan juga saluran Youtube MSF Racing Series.

MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama!

The post MSF Racing 2025 Rd.1 bermula hujung minggu ini, perlumbaan musim sulung Myvi Cup tumpuan utama! appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments