Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

Perodua bakal mendedahkan satu lagi versi kereta konsep EV pertamanya kali ini digelar sebagai EMO-II di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 yang bakal berlangsung bermula 5 hingga 11 Disember di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Ini merupakan versi tingkat taraf berbanding model konsep Perodua EMO-1 yang membuat kemunculan sulung di Malaysia Autoshow 2024 Mei lalu. Berbanding EMO-1 dengan rupa yang masih nampak lagi seperti sebuah Myvi terutamanya pada bahagian lampu hadapan dan belakang serta bentuk sisi badan, EMO-II ini nampak lebih menampilkan rekaannya yang tersendiri.

Ia menampilkan lampu-lampu dengan rekaan lebih tajam, serta badan keseluruhan yang nampak lebih rendah dan jauh lebih sporty berbanding Myvi. Berkemungkinan besar bentuk keseluruhan EMO-II ini mungkin akan menyamai model konsep Perodua EM-O (Electric Motion-Online) yang muncul pada Malaysia Autoshow 2023, tetapi hanya sebagai sebuah model skala 1/6.

Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata? Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

Unit rangkaian kuasa untuk EMO-II ini mungkin akan menyamai apa yang telah ditunjukkan pada EMO-1 sebelum ini. Ia digerakkan oleh motor elektrik berkuasa 68 PS (50 kW, dengan puncaknya pada 120 kW) dan 220 Nm (angka 315 Nm dipaparkan di skrin pameran), membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa antara tujuh ke sembilan saat.

Motor menerima kuasa daripada bateri lithium-ion NMC berkapasiti 55.7 kWh (paparan di panel menunjukkan 56.7 kWh), dan menurut Perodua dapat memberikan jarak perjalanan 350 km (dipaparkan di skrin 400 km) dengan satu cas penuh. Ia mengambil masa lima jam untuk dicas sepenuhnya melalui pengecas AC 11 kW, manakala pengecas DC 50 kW memerlukan hanya satu jam lebih.

Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata? Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata? Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata?

Model konsep Perodua EM-O dalam skala 1/6

Perodua memulakan projek untuk membangunkan prototaip pertama EMO-1 sejak September 2022 dengan kerjasama rakan niaga dari Australia. Projek ini tidak dibuat bersama Daihatsu dan Toyota kerana kedua-dua pengeluar automotif Jepun itu belum lagi ada teknologi EV produksi untuk kenderaan bersaiz kompak.

Seperti yang telah disebut sebelum ini, model produksi sebenarnya akan muncul pada hujung 2025 dan disasarkan untuk dijual pada harga bawah RM100k. Perodua juga baru-baru ini telah menandatangani perjanjian dengan Petronas Dagangan bagi membolehkan Gentari menyediakan fasiliti mengecas EV di pusat-pusat servisnya.

The post Perodua EMO-II Concept akan muncul di KLIMS 2024 – rupa sebenar EV bawah RM100k semakin nyata? appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments