Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih pada 5 hingga 9 November 2024. Di mana kaunter pembayaran saman trafik bersama penawaran diskaun ini akan dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang bertempat di Balai Polis Trafik Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. Semua transaksi pembayaran saman adalah secara tanpa tunai (cashless).
Seperti amalan sebelum ini, pemberian diskaun saman ini tidak ditawarkan untuk kesalahan seperti saman lampu isyarat merah, saman menggunakan lorong kecemasan, saman memotong secara berbahaya dan saman memotong di garisan kembar
Ini termasuk juga dengan saman Kemalangan, saman Non Compund (NC), saman bicara mahkamah, saman melibatkan lori, saman ubahsuai ekzos dan saman Ops Selamat tahun semasa.
Jadi, jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lupa ambil peluang ini untuk mendapatkan kadar diskaun bagi saman trafik terpilih. Sila lunaskan tunggakan saman yang ada bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau disekat untuk pembaharuan cukai jalan atau lesen memandu.
The post Polis beri 50% diskaun saman trafik terpilih pada 5-9 November 2024 di Balai Polis Tun H.S Lee, KL appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments