CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888

CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888

Model sports kelas pertengahan baru CFMoto yang didedahkan kepada dunia Julai lalu, iaitu 675 SR-R kini sudah tiba di Malaysia, dengan dijual pada harga RM37,888 tidak termasuk insurans. Dua warna disediakan sebagai pilihan iaitu Nebula White dan Nebula Black.

CFMoto 675 SR-R dipacu oleh enjin tiga silinder DOHC 675 cc, yang mampu menghasilkan sehingga 94 hp pada 11,000 rpm dan tork 70 Nm pada 8,250 rpm. Ia dipadankan bersama transmisi enam kelajuan, lengkap dengan klac jenis slipper dan juga quickshifter yang hanya boleh digunakan untuk menaikkan gear.

Sesuai dengan karekter sports yang dibawa, CFMoto memberikan suspensi boleh laras daripada Kayaba pada 675 SR-R ini, dengan fork di hadapan terdiri daripada unit USD 41 mm dan belakang menggunakan monoshock – kedua-duanya mempunyai pelarasan pra beban dan mampatan.

CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888

Melekap pada rim aluminium 17 inci model ini adalah brek cakera yang terdiri daripada tetapan berkembar dengan angkup empat piston J.Juan di hadapan dan angkup satu piston di belakang (300 mm/240 mm). Sistem ABS dual-channel diberikan secara standard bersama kawalan cengkaman (dua tahap).

Segala informasi penting motosikal dipaparkan pada meter TFT berwarna lima inci (sambungan kepada telefon pintar ditawarkan sebagai pilihan tambahan) dengan fungsi lap timer, dan kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk pengecas USB-A dan USB-C, semua lampu jenis LED dan tangki bahan api 15 liter. Tinggi tempat duduk adalah 810 mm manakala berat keseluruhannya adalah 195 kg.

CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888

The post CFMoto 675 SR-R dilancarkan di Malaysia – RM37,888 appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments