Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP

Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP

Selain dari MPV EV 009, hari ini Zeekr Malaysia turut membuka tempahan untuk SUV EV kompak Zeekr X. Harga rasminya belum diumumkan, tetapi ia dianggar di bawah RM180,000, dan tempahan boleh dibuat menerusi PAUTAN INI dengan yuan RM2,000.

Bagi pasaran Malaysia, Zeekr X ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium RWD dan Flagship AWD. Model asas Premium RWD diberikan satu motor tunggal untuk memacu roda belakang berkuasa 272 PS dan tork maksima 343 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat. varian Flagship AWD pula diberikan satu lagi motor tambahan untuk memacu roda hadapan bagi menghasilkan 428 PS dan tork 543 Nm, membolehkan pecutan sama dibuat hanya 3.8 saat.

Namun kedua-duanya menerima bateri NMC berkapasiti 66 kWj, membolehkan varian Premium RWD bergerak sejauh 440 km dalam kitaran WLTP, manakala varian Flagship AWD yang lebih berkuasa pula mencatatkan jarak gerak 420 km untuk satu cas penuh bateri.

Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP

Kelajuan maksima kedua-duanya ditetapkan pada 190 km/j dan ia menyokong cas pantas DC dengan kapasiti maksima 150 kW, membolehkan cas dipenuhkan dari 10-80% dalam masa 30 minit.

Spesifikasi ini macam pernah nampak bukan? Ya, ini kerana Zeekr merupakan satu lagi kembar yang dibina berasaskan unit rangkaian kuasa dan Sustainable Experience Architecture (SEA) dari Geely sama dengan smart #1 dan Volvo EX30 yang sudah dilancarkan di Malaysia.

Ia menampilkan dimensi panjang 4,432 mm, lebar 1,836 mm, tinggi 1,566 mm dan juga jarak roda yang sama sepenuhnya dengan smart #1 iaitu sejauh 2,750 mm.

Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP

Bagi pasaran Malaysia, Zeekr X disahkan menerima perincian seperti lampu hadapan LED penuh, lampu nyalaan siang LED, paparan instrumen digital dengan skrin 8.8-inci, dan juga skrin sesentuh 14.6-inci untuk sistem infotainmen.

Kelengkapan keselamatan yang dibekalkan pula termasuk tujuh beg udara dan juga sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dengan fungsi seperti brek kecemasan automatik, cruise control adaptif, bantuan tukar lorong, kawalan pengekal tengah lorong, bantuan kekal lorong, pemantau titik buta, amaran lintasan trafik hadapan dan belakang, bantuan parkir dan pemantau pemandu.

Lima warna badan ditawarkan untuk pasaran tempatan iaitu Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green. Manakala bahagian dalaman pula datang dengan tema warna gandingan Charcoal Black dan Stone Grey.

GALERI: Zeekr X di BIMS 2024
Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP

The post Zeekr X – tempahan di Malaysia dibuka; anggaran bawah RM180k, sehingga 428 PS, 440 km WLTP appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments