Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

WTC Automotif (WTCA) secara rasminya telah melancarkan pusat 3S GAC dan Aion di Glenmarie, Shah Alam. Dikendalikan oleh WariTan Automobile, pusat 3S ini terletak di lokasi strategik yang menjadi hab automotif di Lembah Klang.

Mengendalikan kedua-dua jenama EV Aion dan juga GAC Motor, ia merupakan fasiliti GAC terbesar di Malaysia setakat ini. Dengan bilik pameran GAC Motor berkeluasan 456 kaki persegi yang mampu mempamerkan tiga model kenderaannya, sementara bilik pameran Aion pula sebesar 644 kaki persegi yang boleh mempamerkan enam model kenderaan beserta dengan ruang menunggu untuk para pelanggan.

Manakala pusat servisnya yang mengendalikan kedua-dua jenama berkenaan berkeluasan 10,878 kaki persegi dan dilengkapi 10 petak penyelenggaran, dikendalikan oleh tujuh juruteknik bertauliah. Ia juga mempunyai ‘premier lounge’ dengan kemudahan ruang kerja, sudut permainan kanak-kanak dan sudut minuman serta cenderahati.

Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

“Pembukaan pusat 3S GAC dan Aion Glenmarie, bersama dengan pusat 3S sedia ada, berfungsi sebagai asas kepada rangkaian kami. Kami mengalu-alukan semua pelanggan untuk melawat dan merasai layanan GAC Motor. Pelanggan digalakkan untuk memandu uji dan mengalami keunggulan produk dan perkhidmatan kami,” kata Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings, syarikat induk WTCA.

Kedua-dua bilik pameran GAC dan Aion dibuka tujuh hari seminggu, dari jam 9 pagi hingga 7 malam pada hari biasa, 9 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad dan cuti umum. Manakala pusat servis pula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu.

GAC baru-baru ini melancarkan varian Standard bagi SUV segmen-B GS3 Emzoom, dengan Eksklusif diperkenalkan semula sebagai model CKD. Bersama-sama dengan Premium-R sebagai varian tertinggi, Emzoom diberikan enjin 1.5T 177 PS/270 Nm dan berharga dari RM103,800 hingga RM126,800.

Manakala Aion pula merupakan jenama EV bagi GAC dan menawarkan model tunggal MPV lima-tempat duduk Y Plus, dengan jarak gerak 430 km mengikut kitaran WLTP, berharga antara RM119,800 hingga RM135,800. Kereta berwarna jingga yang anda lihat menerusi foto di atas merupakan Hyptec HT, yang sedang dipertontonkan di bilik pameran ini.

Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV

The post Pusat 3S GAC dan Aion dibuka di Glenmarie, ICE/EV appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments