Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu

Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS), yang merupakan anak syarikat kepada DRB-Hicom Berhad hari ini memperkenalkan secara rasmi logo dan identiti jenama baru, yang dibuat serasi dengan hala tujunya ke arah pengembangan global, teknologi baru serta produk lebih mesra alam.

Melihat pertamanya kepada logo baru tersebut, ia menerapkan elemen “Road Star”, dengan boleh dilihat mempunyai bentuk separuh daripada bintang, sementara konsep warna biru dan putih masih lagi dikekalkan seperti sebelum ini.

Model pertama yang menggunakan logo baru ini turut dilancarkan semasa majlis yang sama, iaitu Kriss 110 Fi, yang kini didatangkan dengan beberapa peningkatan. Sementara pada Kriss 100 Fi ini logo tersebut berwarna krom, ia juga boleh datang dalam warna platinum bergantung kepada model.

Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu

“Visi baharu kami akan membawa keseronokan yang menghubungkan orang dan komuniti, dengan menyediakan nilai, teknologi, dan produk lestari di peringkat global,” kata ketua pegawai eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Melihat kepada Kriss 110 Fi baru yang dilancarkan, ia antaranya dinaik taraf dengan enjin yang kini mematuhi tahap emisi Euro 4, sistem suntikan bahan api serta rim aluminium 17 inci dengan tayar tanpa tiub. Perincian lanjut berkenaannya boleh dibaca di sini.

Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu

The post Modenas perkenal logo dan identiti jenama baharu appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments