EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

Hari ini dan esok (20 dan 21 Julai 2024) berlangsungnya acara Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) anjuran paultan.org di Pusat Persidangan Setia City (SCCC) dengan pelbagai jenama hadir membawa kenderaan elektrik (EV) terbaru mereka bukan sekadar untuk pameran, tetapi juga pandu uji.

Antaranya adalah Chery, yang membawa beberapa unit Omoda E5. Ini sebenarnya adalah model elektrik bagi SUV Omoda 5, dipacu oleh motor elektrik hadapan yang menjana 204 PS (150 kW) dan 340 Nm, dengan tenaga datang daripada bateri 61 kWh lithium iron phosphate (LFP) dan mampu memberikan jarak gerak 430 km mengikut kitaran WLTP.

EV ini boleh dicas menggunakan sumber AC maksimum sehingga 9.9 kW serta pengecas pantas DC sehingga 80 kW yang boleh mencapai tahap 30-80% dalam 28 minit. Ia juga boleh berfungsi sebagai “powerbank bergerak” untuk membolehkan pelbagai peralatan elektrik beroperasi menerusi sistem V2L 3.3 kW.

Menjadikan E5 ini lebih unik, pemilik boleh menggunakan Autoharge untuk mengecas E5 ini, dan boleh disambungkan terus tanpa memerlukan sebarang aplikasi, telefon atau kad. Ini merupakan hasil dari kerjasama antara Chery dan pengendali JomCharge EV Connection (EVC), dan Omoda E5 menjadi EV pertama di Malaysia yang menerima fungsi tersebut

EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

Apa yang diperlukan hanyalah pengaktifan sekali sahaja dan selepas itu, boleh terus pasang pengecas tanpa perlu melalui langkah pembayaran melalui aplikasi atau kad. Terdapat lebih daripada 200 pengecas DC untuk dimanfaatkan untuk menjadikan pengecasannya lebih mudah.

Melihat kepada aspek bantuan pemandu dan keselamatan, E5 dilengkapi dengan ADAS 2.5 yang terdiri daripada Front Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Multi Collision Brake (MCB) dan Traffic Jam Assistant (TJA).

Ia juga diberikan Door Open Warning (DOW), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Rear Collision Warning (RCW), Lane Change Assist (LCA), Lane Departure Prevention (LDP), Driving Monitoring System (DMS), Blind-spot Detection (BSD), Emergency Lane Keeping (ELK) dan Departure Reminder.

Semasa acara EVx 2024 ini, Chery menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk E5 dan ini akan diberikan sebagai tambahan kepada pemberian baucar bernilai RM1,500 — baucar RM500 filem penapis haba daripada V-Kool, RM500 lagi daripada DodoMat dan RM500 untuk kerusi kulit kustom DK Schweizer, yang diberikan kepada sesiapa yang menempah kereta baru. Semua baucar ini hanya akan diberikan di EVx pada 20-21 Julai ini dan terhad kepada 100 tempahan kereta baru terawal sahaja. Jadi, kena cepat!

EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge

The post EVx 2024: Chery Omoda E5 diberi tawaran eksklusif, datang dengan fungsi cas mudah AutoCharge appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments