Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km

Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km

Hyundai telah memperkenalkan sebuah EV kompak baru yang dipanggil sebagai Inster. Rupanya nampak familiar kerana menggunakan asas rekaan daripada model Casper, iaitu SUV paling kecil jenama itu yang diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2021.

Menurut Hyundai, Inster akan diletakkan di dalam kategori antara model segmen A dan segmen B, dengan mencatat ukuran panjang 3,825 mm, lebar 1,610 mm, tinggi 1,575 mm dan jarak roda 2,580 mm. Bergantung kepada varian, rimnya boleh datang dengan unit 15 inci hingga 17 inci.

Menggerakkan Inster adalah motor yang terletak di hadapan, dengan kuasa 97 PS/147 Nm bagi model asas atau 115 PS pada model Long Range, masing-masing dengan bateri 42 kWh dan 49 kWh. Mengikut ujian WLTP, versi asas boleh memberi jarak gerak sehingga 300 km manakala Long Range boleh membawa kenderaan sehingga 355 km dengan sekali cas penuh.

Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km

Berkenaan prestasi, varian asas boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 11.7 saat, manakala Long Range satu saat lebih pantas dengan catatan masa 10.7 saat. Laju maksimum pula adalah 140 km/j untuk varian asas dan 150 km/j untuk Long Range.

Inster boleh menerima pengecasan pantas DC sehingga 120 kW dan ia boleh menaikkan kadar bateri dari 10 ke 80% dalam masa 30 minit. Jika menggunakan sumber AC – sehingga 11 kW – bersama pengecas yang diberi, bateri varian asas akan mengambil masa empat jam untuk penuh manakala Long Range memerlukan masa empat jam 35 minit.

Di bahagian dalam, Hyundai menggunakan bahan kitar semula antaranya seperti cat kitar semula untuk kemasan warna hitam berkilat, polyethylene terephthalate (PET) untuk balutan tempat duduk dan bio-polypropylene di beberapa bahagian.

Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km

Semua tempat duduk di dalam Inster boleh dilipat rata, termasuk tempat duduk pemandu dan jika pemilik memilih tempat duduk belakang yang boleh dilungsur, ruang barangan belakangnya akan meningkat menjadi 351 liter berbanding 280 liter dalam keadaan biasa. Kelengkapan lain yang disediakan adalah termasuk lampu suasana, bumbung suria serta Hyundai Digital Key 2 Touch.

Pada papan pemuka terletak dua skrin, iaitu unit 10.25 inci di hadapan pemandu untuk paparan instrumen dan satu lagi unit 10.25 inci sesentuh untuk infotainmen. Untuk memudahkan dan membantu pemandu, EV kompak ini juga datang dengan Lane Keeping Assist, Lane Following Assist, Blind Spot Collission Avoidance Assist, Forward Collission Avoidance Assist dan Parking Collission Avoidance Assist.

Turut disediakan adalah Rear Cross Traffic Collision Avoidance Assist, Safety Exit Warning, Smart Cruise Control dengan stop-and-go, Highway Driving Assist 1.5 (HDA 1.5), Intelligent Speed Limit Assist, Driver Attention Warning, High Beam Assist, Leading Vehicle Departure Alert dan Rear Occupant Alert.

Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km

The post Hyundai Inster diperkenal – EV kompak dengan kuasa 115 PS dan tork 147 Nm, jarak gerak sehingga 355 km appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments