JPJ buka penawaran baki siri nombor pendaftaran FFF mulai 1 Jun 2024 – hanya di kaunter JPJ sahaja

JPJ buka penawaran baki siri nombor pendaftaran FFF mulai 1 Jun 2024 – hanya di kaunter JPJ sahaja

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan penawaran baki siri nombor pendaftaran istimewa siri FFF bakal dibuka mulai 1 Jun 2024. Di mana penjualan baki siri tersebut akan dilaksanakan di kaunter JPJ Ibu Pejabat Bahagian Pelesenan Kenderaan atau di semua Pejabat JPJ Negeri.

Menurut JPJ, penawaran baki siri FFF ini adalah sehingga ia habis dijual, bermakna tiada tempoh tertentu bagi penjualan yang ditetapkan. Selagi masih ada baki nombor, maka ia akan terus dibuka untuk dijual.

Walau bagaimana pun, terdapat syarat pembelian iaitu ditetapkan harga berjumlah RM510 termasuk fi perkhidmatan, hanya terhad kepada tiga permohonan sahaja, dan permohonan perlu disertakan dengan borang JPJeBid 02 serta MyKad, SSM atau pasport pemohon.

Sebelum ini, JPJ telah membuka bidaan untuk siri FFF ini menerusi platform dalam talian JPJ eBid selama lima hari iaitu bermula 11 Mei 2024 sempena dengan ulangtahun agensi penguatkuasaan ini yang ke-78 yang disambut pada tarikh berkenaan.

The post JPJ buka penawaran baki siri nombor pendaftaran FFF mulai 1 Jun 2024 – hanya di kaunter JPJ sahaja appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments