Ini ada makluman buat pengguna yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang untuk ke Perai. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa pihaknya bakal menutup lorong tengah dan lorong kanan di antara KM8.0 hingga KM7.0 (Arah ke Perai) pada 2 hinggga 3 Mac 2024, 10 malam hingga 9 pagi.
Ia adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan penyambung Jambatan Pulau Pinang dapat dilaksanakan dengan lancar. Sepanjang penutupan lorong terbabit, PLUS turut mengaktifkan lencongan di laluan terbabit.
Justeru, pengguna lebuh raya menghala ke Perai dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini sepanjang tempoh tersebut.
Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS dari masa ke masa ketika melalui kawasan kerja terbabit.
The post PLUS umum penutupan lorong tengah dan kanan di KM8.0-KM7.0 arah Perai pada 2-3 Mac, 10 malam-9 pagi appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments