Laluan Smartlane diaktifkan di antara Shah Alam-Subang di NKVE – Isnin-Jumaat, 6.30 pagi-9.30 pagi

Laluan Smartlane diaktifkan di antara Shah Alam-Subang di NKVE – Isnin-Jumaat, 6.30 pagi-9.30 pagi

Mulai hari ini (5 Feb 2024) PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengaktifkan laluan Smartlane di laluan antara Shah Alam ke Subang (arah utara) iaitu KM11.20 hingga KM13.30, Lebuhraya NKVE. Di mana laluan Smartlane ini dilaksanakan pada waktu puncak, hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Pengaktifan Smartlane merupakan inisiatif PLUS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk menambah kapasiti lorong sedia ada serta membantu melancar dan menyuraikan trafik.

“Sila patuhi papan tanda trafik kami ketika melalui lokasi tersebut dan amalkan pemanduan berhemah seperti patuhi lorong secara konsisten dan elakkan kerap menukar lorong, patuhi had laju dan memberi kerjasama demi menjamin keselamatan kenderaan-kenderaan lain dan rancang penukaran lorong dengan berhati-hati apabila menghampiri penghujung laluan Smartlane,” kata PLUS.

Sebelum ini, PLUS berkatam laluan SmartLane dijangka dapat memendekkan tempoh perjalanan di laluan terbabit pada waktu puncak sekiranya tiada sebarang insiden seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan di laluan tersebut.

The post Laluan Smartlane diaktifkan di antara Shah Alam-Subang di NKVE – Isnin-Jumaat, 6.30 pagi-9.30 pagi appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments