KTM lancar sistem pembayaran terbuka – boleh guna kad debit/kredit, Apple/Samsung Pay untuk Komuter

KTM lancar sistem pembayaran terbuka – boleh guna kad debit/kredit, Apple/Samsung Pay untuk Komuter

Menteri pengangkutan, Anthony Loke semalam melancarkan sistem pembayaran terbuka (OPS) KTM dalam satu majlis di Ipoh. Sama seperti di plaza tol, OPS membenarkan pengguna membayar sama ada menggunakan kad kredit/debit, serta Apple Pay dan Samsung Pay. Aplikasi KITS KTM dan kad Touch n Go masih lagi boleh digunakan.

OPS kini disediakan di lebih 80 stesen KTM dalam Lembah Kelang serta bahagian utama. Hanya sentuh kad pada palang kawalan automatik, dan urus niaga akan selesai dalam masa antara satu ke lima saat. Loke menjelaskan, OPS ini hanya disediakan untuk servis KTM Komuter sementara ETS tidak termasuk kerana ia memerlukan pembelian tiket dalam talian.

Projek naik taraf OPS ini sudah bermula di Lembah Kelang sejak September 2022 lagi, dan lengkap pada hujung tahun lepas. “Kerja transformasi untuk sistem pembayaran terbuka ini sudah lengkap dalam masa lebih sedikit daripada satu tahun. KTMB mengeluarkan dana sendiri untuk projek ini dan tiada sebarang suntikan daripada kerajaan,” kata Loke.

The post KTM lancar sistem pembayaran terbuka – boleh guna kad debit/kredit, Apple/Samsung Pay untuk Komuter appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments