JPJ eBid: Siri JWV dan QDA bakal dibuka bidaan

JPJ eBid: Siri JWV dan QDA bakal dibuka bidaan JPJ eBid: Siri JWV dan QDA bakal dibuka bidaan

Untuk yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang baru diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Siri plat nombor dari Johor, JWV, telah dibuka bidaan mulai 8 Februari 2024. Diberikan tempoh bidaan selama lima hari dan ia akan berakhir jam 10 malam pada 12 Februari ini. Keputusannya akan dikeluarkan pada keesokan harinya, 13 Februari 2024. Keseluruhan proses adalah secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik dan buruk juga menerusi e-mel.

Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Sarawak pula, QDA, bidaannya pula bakal dibuka mulai 9 Februari dan akan berakhir jam 10 malam pada 13 Februari. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 14 Februari 2024.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

The post JPJ eBid: Siri JWV dan QDA bakal dibuka bidaan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments