Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan

Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan

Klik untuk besarkan

Pengendali Leburaya East Klang Valley Expressway (EKVE), EKVE Sdn Bhd telah memaklumkan terdapat penutupan lorong secara berperingkat di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) sedang dijalankan mulai semalam sehingga 31 Januari 2024. Ia melibatkan laluan di KM22.2 – KM21.5 di kedua-dua belah arah iaitu Gombak ke Ampang dan Ampang ke Gombak.

Penutupan lorong berkenaan adalah untuk kelancaran kerja-kerja penukaran “Expension Joint” serta kerja berkaitan akan dilaksanakan pada tarikh berkenaan, setiap jam 10 malam hingga 5 pagi.

Justeru, pengguna MRR2 dinasihat untuk lebih berhati-hati dan mematuhi papan mematuhi papan tanda serta pengawal lalulintas sepanjang tempoh perlaksanaan Pelan Pengurusan Trafik dijalankan.

Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan

EKVE merupakan lebuhraya baharu di Lembah Klang yang sedang dalam pembinaan. Ia memiliki jajaran laluan sepanjang 39.5 km yang menghubungkan Ukay Perdana di Ampang dengan Bandar Sungai Long di Kajang. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).

Fasa pertama projek ini yang meliputi laluan sepanjang 24.1 km dan bermula dari Lebuhraya MRR2 di Ukay Perdana melalui Ampang, Hulu Langat, Bandar Mahkota Cheras dan berakhir di Lebuhraya SILK, Kajang (selatan).

Projek pembinaan EKVE dikendalikan oleh EKVE Sdn Bhd dan mula dibina sejak 1 September 2015. Ia menelan belanja sebanyak RM1.55 bilion. Apabila siap kelak dan mula beroperasi, ia dijangka mampu dimanfaatkan oleh lebih 140,000 pengguna jalan raya setiap hari.

The post Lorong di MRR2 ditutup berperingkat di KM22.2-KM21.5 Ampang-Gombak-Ampang hingga 31 Jan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments