JPJ eBid: Siri VLW dan JWU dibuka untuk bidaan

JPJ eBid: Siri VLW dan JWU dibuka untuk bidaan JPJ eBid: Siri VLW dan JWU dibuka untuk bidaan

Bagi yang sedang mencari siri nombor plat nombor pendaftaran untuk dipadankan dengan kenderaan baharu, ini ada dua pilihan yang boleh dibida menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), siri nombor pendaftaran terkini dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, VLW mula dibuka bidaan sejak semalam, 1 Januari 2024. Bidaannya akan berakhir jam 10 malam pada 5 Januari. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 6 Januari 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

Manakala siri nombor pendaftaran terkini Johor, JWU, bakal dibuka bidaan bermula 4 Januari 2024. Tempoh bidaannya berlangsung selama lima hari dan akan ditutup pada 8 Januari, tepat jam 10 malam. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya, 9 Januari 2024.

Sekarang ni lebih mudah mendapatkan siri plat nombor pendaftaram yang diingini tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga (termasuk runner), malah boleh menjimatkan kos serta masa. Anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan dengan JPJ eBid termasuk cara-cara yang diperlukan untuk membida nombor pendaftaran yang diingini.

The post JPJ eBid: Siri VLW dan JWU dibuka untuk bidaan appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments