Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87%

Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87%

Dalam pengumuman prestasi jualannya untuk 2023 yang dikeluarkan hari ini, Honda Malaysia turut menyebut bahawa SUV segmen-B Honda WR-V yang baru dilancarkan tahun lalu sudah pun terjual sebanyak 7,800 unit sehingga akhir Disember 2023.

Angka berkenaan dilihat agak memberangsangkan kerana model yang lebih kecil dari HR-V tersebut baru sahaja dilancarkan pada bulan Julai 2023, bermaksud ia dicapai tidak sampai enam bulan selepas rasmi masuk ke pasaran tempatan.

Menurut Honda Malaysia lagi pelanggan tempatan sangat menggemari varian paling sporty dan paling mahal yang ditawarkan iaitu varian RS, di mana ia mewakili 60% jualan dari jumlah keseluruhan WR-V yang dijual di sini tahun lalu.

Honda WR-V ditawarkan dalam empat varian di Malaysia, bermula dengan varian paling asas 1.5 S ia dijual pada harga RM89,900, diikuti varian pertengahan 1.5 E berharga RM95,900, 1.5 V berharga RM99,900, manakala varian dengan spesifikasi tertinggi 1.5 RS pula dijual pada harga RM107,900.

Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87% Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87% Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87%

Selain itu Honda Malaysia turut mengumumkan bahawa model-model hibrid di pasaran tempatan yang dijual dengan lencana e:HEV turut mencatatkan pertumbuhan jualan yang pesat. Sepanjang 2023 lebih dari 7,700 unit model hibrid e:HEV berjaya dijual oleh Honda Malaysia, naik 87% berbanding lebih 4,100 unit yang dicatatkan pada 2022.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa jumlah berkenaan mewakili 28% jualan model-model hibrid di Malaysia tahun lalu, secara tidak langsung telah berjaya menyumbang kepada kenaikan jualan kenderaan dengan teknologi elektrifikasi di Malaysia secara keseluruhan, serta membuktikan bahawa teknolologi e:HEV ini diterima dengan baik oleh pelanggan tempatan.

Buat masa sekarang Honda Malaysia mempunyai lima model e:HEV yang boleh di beli menerusi jaringan pengedarnya di seluruh negara, bermula dengan Honda City Hatchback RS e:HEV berharga RM109,800, Honda City RS e:HEV berharga RM111,900, Honda HR-V RS e:HEV berharga RM141,900, Honda Civic RS e:HEV berharga RM166,500, dan Honda CR-V RS e:HEV berharga RM195,900

The post Honda WR-V terjual 7,800 unit di Malaysia sepanjang 2023, jualan model hibrid RS e:HEV pula naik 87% appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments