Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

Honda baru saja memperkenalkan model Honda 0 Series, barisan model elektrik yang akan dikeluarkan di peringkat global bermula pada 2026 nanti. Dua model konsep dipertontonkan terlebih dahulu — Saloon dan Space Hub — ketika pameran CES 2024 di Las Vegas, AS.

Honda 0 Series akan menjadi arah tuju dan pendekatan baru bagi syarikat itu bagi rekaan dan kejuruteraan, dengan prinsip yang mengatasi kekangan tradisional bagi pembangunan kenderaan bateri elektrik sebelum ini. Antara yang dimaksudkan ialah lantai lebih rendah, pemanduan autonomous, teknologi ketersambungan, prestasi dan kecekapan bateri.

Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

Konsep Saloon bakal menjadi rekaan flagship, dengan mensasarkan konsep yang mana rekaan rendah dan lebar kereta tersebut memberikan ruang dalaman yang maksimum. Di dalam, panel instrumennya menampilkan antaramuka manusia-mesin (HMI) yang bertujuan menawarkan operasi mudah dan ringkas, dengan bahagian dalaman lain memberikan “penglihatan cemerlang” dan posisi memandu sport.

Ia juga dilengkapi dengan penambahbaikan ciri steer-by-wire serta sistem kawalan pergerakan, dan dalam masa sama membolehkan kawalan kedudukan badan untuk pemandu menikmati gaya pemanduan EV yang lebih cekap. Model produksi bagi rekaan Saloon ini dijangka akan diperkenalkan pada 2026.

Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

Space Hub konsep pula dibangunkan dengan matlamat untuk memperkaya kehidupan harian pengguna. Ini dapat dilihat pada ruang kabinnya yang sangat luas dan terbuka untuk penglihatan yang lebih baik, dengan rekaan yang anjal dan bolehubah untuk disesuaikan oleh penumpang.

Semua model Honda 0 Series juga akan dilengkapi dengan sistem ADAS, yang memanfaatkan teknologi dalam Honda Sensing Elite seperti yang diberikan kepada model Honda Legend 2021 untuk pasaran Jepun, dengan pemanduan autonomous tahap 3. Selain itu, Honda juga sedang membangunkan perisian sistem operasi baru untuk Honda 0 Series.

Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

Untuk janaan kuasa, Honda 0 Series akan menggunakan e-Axles (terdiri daripada motor, inverter dan kotak gear) yang memaksimumkan kecekapan tenaga. Model terawal siri ini akan dilengkapi bateri pengecasan pantas yang mampu mengecas dari 15%-80% dalam masa hanya 10 hingga 15 minit.

Tidak lupa, melalui model konsep ini, Honda juga memperkenalkan logo H baru yang akan digunakan untuk barisan kenderaan elektriknya nanti. Berbanding logo H sedia ada, logo untuk EV ini menampilkan bahagian atas H dengan kaki yang lebih terbuka.

Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV

The post Honda 0 Series diperkenalkan melalui rekaan konsep Saloon, Space Hub — ada logo H baru untuk EV appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments