EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PEPS-JV Melaka (PJVM), telah dilantik sebagai pemasang kenderaan kontrak untuk Great Wall Motor di Malaysia untuk jangka masa lapan tahun, laporan The Edge.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani awal minggu ini oleh kedua-dua pihak, EPMB pada mulanya akan memasang dan mengeluarkan Haval H6 dan Haval Jolion.
“Keputusan untuk menceburi pemasangan kereta mencerminkan komitmen teguh EPMB untuk menyepadukan operasi kami. Langkah strategik ini memberikan peluang utama untuk mengembangkan aliran pendapatan dan meluaskan portfolio perniagaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan EPMB Ahmad Razlan Mohamed dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Menurut laporan The Edge lagi, aktiviti pemasangan dan pengeluaran syarikat itu akan berpusat di fasiliti pembuatan automotif kumpulan di Taman Perindustrian Hicom Pegoh di Melaka, dan EPMB menyasarkan pengeluaran tahunan sebanyak 20,000 unit menjelang 2028.
Sebagai tambahan kepada kenderaan daripada Great Wall Motor, kilang EPMB juga akan memasang kenderaan oleh BAIC, iaitu BJ40 Plus dan SUV X5II. Dengan ini, BAIC juga berhasrat untuk mewujudkan rangkaian perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk kenderaan pemanduan kanannya di Malaysia.
The post EPMB dapat kontrak 8-tahun untuk pasang kenderaan Great Wall di Hicom Pegoh Industrial Park, Melaka appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments