Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa

Sejak 3 Disember 2023, Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) telah pun memulakan kutipan tol di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Chan Sow Lin, Plaza Tol Ampang (dari Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur AKLEH menuju ke SPE) dan Plaza Tol Setiawangsa (arah Selatan dan Utara).

Bagi kenderaan Kelas 1 iaitu dua gandar dan tiga atau empat roda (kecuali teksi dan bas), kadar bayaran tol ialah RM3.50. Manakala bagi Kelas 2 (dua gandar dan lima atau enam roda, tidak termasuk bas) dikenakan caj RM7, dan RM10.50 untuk Kelas 3 iaitu lori. Bagi Kelas 4 iaitu teksi, dikenakan caj sebanyak RM1.80 dan RM3.50 untuk Kelas 5 iaitu bas.

Pengendali SPE juga mengingatkan pengguna lebuhraya ini supaya memastikan baki kad Touch & Go serta RFID mencukupi.

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa

Lebuhraya SPE dilancarkan pada 3 November lalu oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan diberikan tol percuma selama sebulan. SPE sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Fasa-3 (DUKE Fasa-3) akan merentasi utara ke selatan Kuala Lumpur dan merupakan baki jajaran sepanjang 16.3 kilometer bermula dari Setiawangsa ke Kerinchi.

Melibatkan jajaran sepanjang 29.8 km, lebuhraya ini menghubungkan Taman Melati dan Klang Gates dari Lebuhraya MRR2 ke Kerinchi Link berhampiran Pantai dan Universiti Malaya. Turut dimaklumkan bahawa ramp atau laluan penghubung dari Bangsar South dan Kerinchi ke SPE kini telah dibuka. Cuma laluan keluar dari Taman Desa (menghala ke KL) masih belum dibuka.

Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa

The post Lebuhraya Setiawangsa-Pantai: Kadar tol bermula; RM3.50 di Chan Sow Lin, Ampang, Setiawangsa appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments