Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia,

Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia,

Hari ini penyerahan Tesla Model 3 Highland facelift di Malaysia telah bermula, dan pelanggan mula menerima kenderaan baru mereka ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya, dengan lebih lagi penyerahan akan dibuat sepanjang hari ini.

Setakat ini 20 pelanggan telah mengambil EV baru mereka pagi tadi, dan penyerahan seterusnya akan dibuat pada waktu petang dengan keseluruhannya 100 pelanggan dijangka menerima kenderaan mereka hari ini.

Selain daripada itu, Tesla Malaysia juga telah melancarkan Premium Connectivity untuk pasaran kita melalui aplikasi mudah alih Tesla, untuk ciri yang menggunakan data termasuk stream muzik dan media, gambaran trafik langsung serta pelbagai lagi, pada harga RM35.99 sebulan. Untuk 30 hari pertama selepas menerima kenderaan, ia ditawarkan secara percuma.

Servis Premium Connectivity dihubungkan kepada aplikasi Tesla, dan bagi model Tesla yang dibeli melalui saluran tidak rasmi sebelum ini, ia akan dijual dengan harga mengikut pasaran di mana kenderaan tersebut pertama kali didaftarkan. Sebagai contoh, jika kereta tersebut datang daripada United Kingdom, ciri itu akan dijual dalam mata wang pound sterling.

Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia,

Menurut Tesla Malaysia, pelanggan yang membeli kenderaan melalui Tesla Malaysia juga akan dijemput untuk menyertai Tesla Owners Club Malaysia, yang memberikan pelbagai keistimewaan kepada ahli, sebagai tambahan kepada peluang untuk berhubung dengan komuniti pemilik Tesla lain.

Pemilik Model 3 di Malaysia pada masa ini mempunyai akses kepada empat lokasi Supercharger dan enam lokasi pengecas destinasi. Menurut Tesla Malaysia, kumpulan pengecas baru yang seterusnya akan diberitahu atas talian dalam masa beberapa bulan akan datang, meliputi beberapa negeri.

Tesla Model 3 Highland facelift boleh menerima cas sehingga 250 kW DC bagi versi Long Range AWD, dan menyediakan jarak gerak sehingga 513 km mengikut kitaran WLTP, manakala versi asas RWD boleh menerima sehingga 170 kW DC dan memberi jarak gerak sehingga 629 km (WLTP).

Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia,

The post Tesla Model 3 Highland facelift – unit terawal RWD dan Long Range diserah kepada pelanggan di Malaysia, appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments