smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV DC – 120 kW di Pulau Pinang, 60 kW di Ipoh dan Glenmarie

smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV DC – 120 kW di Pulau Pinang, 60 kW di Ipoh dan Glenmarie

Pengecas DC smart Pulau Pinang

Sebelum smart #1 dilancarkan di Malaysia secara rasmi tidak lama lagi, smart Malaysia komited untuk memulakan jaringan pengecasan pantas DC terlebih dahulu – selepas stesen DC 100 kW dilancarkan Pusat Kecemerlangan Proton (CoE) minggu lalu, smart mengumumkan tiga lagi stesen pengecas kini sudah bersedia untuk digunakan.

Dua daripadanya adalah unit 60 kW yang terletak di smart Glenmarie (EON) dan smart Ipoh (GB Auto), sementara satu lagi adalah stesen 120 kW di smart Pulau Pinang (Eleganz Lifestyle) yang terletak hanya lima minit dari Georgetown.

smart Malaysia turut menyatakan selepas ini jaringan pengecas DC berkenaan akan diperluaskan lagi ke empat lokasi dalam masa terdekat, dimulakan dengan pengecas DC 50 kW di smart Alor Setar (Lee Motors).

smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV DC – 120 kW di Pulau Pinang, 60 kW di Ipoh dan Glenmarie smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV DC – 120 kW di Pulau Pinang, 60 kW di Ipoh dan Glenmarie

Pengecas DC smart Glenmarie dan smart Ipoh

Selepas itu ia akan dikuti dengan smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Johor Bahru (Motor Future) dan smart Melaka (Sigma Energy EV) dengan kapasiti dari 60 kW hingga 120 kW menjelang akhir tahun ini. Sama seperti pengecas di CoE, semua pengecas ini turut boleh digunakan untuk semua EV tanpa mengira jenama.

Bagi pengguna smart #1 kelak, mereka boleh mendapatkan informasi langsung berkenaan pengecas-pengecas DC ini termasuk status ketersediaan dan sebagainya menerusi aplikasi Hello smart. Menurut smart Malaysia buat masa sekarang sebanyak 70% stesen pengecas EV awam telah diintegrasikan dalam aplikasi tersebut, dan selepas ini ia turut boleh digunakan sebagai medium pembayaran.

The post smart Malaysia perluas rangkaian pengecas EV DC – 120 kW di Pulau Pinang, 60 kW di Ipoh dan Glenmarie appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments