PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik

PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik

Merancakkan lagi acara PACE 2023 yang sedang berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam, dengan penyertaan dari BYD. Jenama dari China ini mempamerkan dua model kenderaan elektriknya iaitu Atto 3 dan Dolphin.

Untuk Atto 3, kedua-dua varian iaitu Standard Range (SR) dengan bateri 49.92 kWh yang memberikan jarak perjalanan 410 km (NEDC, 345 km WLTP), dan Extended Range (ER) dengan bateri 60.48 kWh, dengan jarak 480 km (NEDC, 420 km WLTP).

Bagi Dolphin pula, ia hadir juga dengan dua varian iaitu Dynamic Standard Range dan Premium Extended Range.

PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik

Kedua-dua varian diberikan motor elektrik tunggal yang memacu roda hadapan. Model asas Dynamic Standard Range diberikan kuasa hingga 95 PS (94 hp atau 70 kW) dan tork 180 Nm. Untuk untuk Premium Extended Range pula,dengan motor elektrik yang lebih berkuasa yang membekalkan 204 PS (201 hp atau 150 kW) dan tork 310 Nm.

Selain melihat, memandu uji dan menempah mana-mana model EV ini, BYD juga membawakan BYD Skyfest, yang memberikan peluang untuk pengunjung menaiki belon panas, secara percuma untuk dua hari ini iaitu dengan dua sesi pada jam 9 pagi-12 tengahari/5 petang-9 malam.

Dengan menempah mana-mana model kenderaan baharu di PACE 2023, pelbagai ganjaran menarik turut menanti pengunjung yang berupa baucer bernilai RM2,500 dari rakan kerjasama kami. Ini termasuklah baucar lapisan cermin gelap bernilai RM500 (V-Kool), baucar RM500 untuk alas kereta dari Dodomat, baucar RM500 dari Blueair, baucar RM500 untuk tempat duduk keselamatan kanak-kanak (Recaro Kids) dan baucar RM500 untuk tempat duduk kulit kustom (DK Schweizer).

Penaja utama PACE 2023 adalah Petronas, dan mereka turut menyediakan pelbagai tawaran menarik untuk pengunjung. Antaranya adalah penjimatan sehingga 20% untuk produk pelincir Petronas, dari barisan Petronas Syntium, Petronas Sprinta dan Petronas Urania.

Rakan penaja myTukar turut mengambil bahagian dengan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan, serta jualan kenderaan terpakai dengan kualiti terbaik. Jangan lupa kunjungi PACE 2023 yang sedang rancak berlangsung di Setia City Convention Centre, Setia Alam.

PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik

The post PACE 2023: Nikmati pengalaman bermakna bersama EV BYD Atto 3 dan Dolphin, dengan tawaran menarik appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments