Calon-calon bagi Anugerah Kereta Tahunan Eropah 2024 sudah pun diumumkan, dengan jumlah 28 kereta tersenarai untuk bersaing merebut anugerah kereta terbaik di benua berkenaan buat masa sekarang.
Model-model yang dipilih masuk ke dalam senarai calon ini adalah model-model baharu yang sedang dijual sekarang atau sebelum akhir tahun ini di lima negara atau lebih dalam pasaran Eropah.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pemenang akan dipilih menerusi dua peringkat undian di mana undian peringkat pertama akan dibuat untuk memilih tujuh calon akhir, dan keputusannya akan diumum pada 27 November ini.
Undian peringkat kedua pula akan memilih pemenang Trofi Anugerah Kereta Tahunan yang akan diumumkan pada 26 Februari 2024 ketika belangsungnya Geneva Motorshow.
Juri-juri aktif untuk anugerah ini terdiri dari 59 ahli juri dari 22 negara, namun organisasi berkenaan mengesahkan dua juri dari Rusia masih lagi digantung.
Senarai penuh calon Anugerah Kereta Tahunan Eropah adalah seperti berikut:
The post Calon Anugerah Kereta Tahunan Eropah 2024 – 4 BYD, 3 Honda, 2 Toyota, 2 BMW, 2 Mercedes, 2 Hyundai appeared first on Paul Tan's Automotive News.
0 Comments