Stesen Shell di R&R Gurun arah selatan di Lebuhraya PLUS ditutup hingga 12 Okt untuk diselenggara

Stesen Shell di R&R Gurun arah selatan di Lebuhraya PLUS ditutup hingga 12 Okt untuk diselenggara

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah memamklumkan bahawa Stesen Minyak Shell di kawasan Rehat Dan Rawat (R&R) Gurun (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan ditutup sementara mulai hari ini, 10 Oktober hingga 12 Oktober 2023. Penutupan ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan stesen minyak berkenaan.

Untuk itu, bagi anda yang menggunakan lebuhraya berkenaan dari arah Perlis menuju ke selatan, PLUS menasihati agar anda merancang perjalanan sewajarnya. Seeloknya anda mengisi minyak kenderaan terlebih dahulu sebelum memasuki lebuhraya.

Namun, menerusi laman web rasmi PLUS, ada juga pilihan stesen minyak yang lain untuk perjalanan menuju ke arah selatan iaitu stesen Petron yang terletak di R&R yang sama (KM81.0). Atau pun anda boleh mengisi minyak di Stesen Caltex di KM128.9 selepas Plaza Tol Sg Dua dan ada lagi dua stesen minyak iaitu Shell dan BHP di KM132.6 di persimpangan Sg Dua-Permatang Pauh.

The post Stesen Shell di R&R Gurun arah selatan di Lebuhraya PLUS ditutup hingga 12 Okt untuk diselenggara appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments