Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah

Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah

Moto Morini memperkenalkan cruiser baru untuk pasaran Eropah, iaitu Calibro 650. Mempunyai iras seperti Honda Rebel 500, Calibro 650 direka oleh pusat rekaan syarikat itu di Trivolzio, Itali. Tempat duduk boleh datang dengan jenis tunggal ataupun untuk dua orang.

Antara ciri rekaan utama yang digunakan adalah termasuk lampu hadapan LED bentuk bulat dengan perumah serta penghadang angin kecil di atasnya, batang fork yang ditutup dengan getah, peletak kaki yang sedikit ke hadapan serta pemegang yang tinggi.

Memacu motosikal ini adalah enjin dua silinder selari 649 cc dengan sistem suntikan bahan api dan penyejukan cecair, yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan, mampu menghasilkan kuasa 59 hp pada 8,250 rpm dan tork 56 Nm pada 7,000 rpm.

Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah

Kedua-dua brek hadapan dan belakang Calibro menggunakan unit cakera, dan didatangkan standard dengan ABS dual-channel. Rim hadapan bersaiz 18 inci dan di belakang terletak rim bersaiz 16 inci. Bagi memudahkan penyelenggaraan, motosikal ini datang dengan sistem pacuan tali sawat untuk menghantar kuasa daripada enjin ke roda belakang.

Untuk suspensi, di hadapan terdapat fork teleskopik sementara di belakang terletak dua penyerap hentak dengan pelarasan pra beban. Tinggi tempat duduk cuma 720 mm. Di hadapan penunggang terdapat meter paparan gabungan analog dan digital.

Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah

The post Moto Morini Calibro 650 masuk pasaran Eropah appeared first on Paul Tan's Automotive News.


Post a Comment

0 Comments